Selamat Datang Ke Blog Kami. Pihak kami membenarkan bahan-bahan di dalam blog ini di guna pakai dalam bidang pelajaran Silalah "share".

Monday 19 May 2014

Chaturanga

Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. perbezaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih. 

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi askar India saat itu. 



PEMAIN : 
Dua hingga 4 pihak yang bermain dalam satu masa.


ALAT PERMAINAN:
Kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9. 


CARA BERMAIN:
Cara bermain adalah seperti permainan catur dan kemenangan tergantung pada pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) buah terakhir. Kemenangan juga boleh berlaku apabila atau melalui penaklukan terhadap raja lawan.

Guli





Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.



PEMAIN : 
Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga dua belas tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang.

MASA : 
Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu.


ALATAN PERMAINAN :
Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.


LOKASI BERMAIN : 
Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas dan hanya memerlukan kawasan yang lapang dan rata.




CARA BERMAIN :
1. Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

2. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

3. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

4. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.


PEMARKAHAN :
1. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

2. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Wau





Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.



PEMAIN : 
Permainan ini dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan.


ALATAN PERMAINAN:
Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.


LOKASI BERMAIN : 
Permainan ini dimainkan dikawasan yang luas dan lapang untuk menaikkan wau ke langit.


CARA BERMAIN:
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.



Kabadi





KABADI ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.

PEMAIN : 
2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.


MASA :
Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.


LOKASI BERMAIN :
Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m. (separuh daripada gelanggang bola keranjang).


CARA BERMAIN :
1. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang.
2. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang.
3. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.


PEMARKAHAN :
1. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir.

2. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat.

Sunday 18 May 2014

Latihan dan permainan tradisional



SOALAN PERMAINAN TRADISIONAL (TEKA-TEKI)


Kuiz Permainan Tradisional (Objektif)

Kuiz Permainan Tradisional (Teka - teki)


SOALAN PERMAINAN TRADISIONAL (OBJEKTIF)


1) Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat adalah buah untuk permainan :

A) Gasing                                  C) Guli
B) Wau                                      D) Batu Seremban



2) Bilangan pemain untuk permainan congkak adalah seramai ______ sahaja.

A) 1 orang                                C) 3 orang
B) 2 orang                                D) 4 orang



3) “Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka”.
Berikut merupakan salah satu cara permainan?

A) Teng-teng                           C) Galah Panjang
B) Guli                                     D) Gasing



4) Kiraan mata untuk menentukan pemenang permainan guli adalah berdasarkan?

A)jumlah jentikan guli dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran
B) bilangan pemain yang masih tinggal
C) jumlah guli yang terkeluar daripada kawasan permainan
D) jumlah guli yang tidak terkeluar daripada kawasan permainan



5) Alat-alat utama untuk permainan wau adalah ____________.

A) Buluh dan tali                        C) Tali dan wau
B) Wau dan buluh                      D) Wau dan kayu



6) Gasing yang ______________ akan dikira sebagai pemenang dalam permainan gasing.

A) diperbuat daripada besi          C) menghancurkan gasing lain
B) paling lama berputar               D) berada di dalam permainan



7) Antara berikut yang manakah merupakan permainan tradisional kaum India?

A) Wau                                      C) Kabadi
B) Xiang Qi                                D) Gasing



8) Permainan tradisional patut diperkenalkan kepada murid sekolah dengan

l memberi peluang untuk mereka bermain permainan tradisional
ll mengetahui peraturan permainan tradisional
lll meminta pelajar bermain permainan siber

A) l dan ll                                     C) l dan lll
B) ll dan lll                                    D) l, ll dan lll



9) Antara yang berikut merupakan kepentingan permainan tradisional kepada kita, KECUALI?

A)Sebagai hiburan                         C) Sebagai produk pelancongan
B)Sebagai menunjuk-nunjuk          D) Warisan budaya Malaysia



10) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk memelihara dan mengekalkan permainan tradisional di negara kita?

l Sekolah mengadakan kegiatan kokorukulum
ll Mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri
lll Membina lebih banyak kemudahan untuk permainan tradisional
lV Kempen media massa di akhbar, televisyen dan radio

A) l, ll dan lll                               C) l, ll, dan lV
B) ll, lll dan lV                             D) l, ll, lll dan lV



CARI PERKATAAN










Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Catur Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.