Selamat Datang Ke Blog Kami. Pihak kami membenarkan bahan-bahan di dalam blog ini di guna pakai dalam bidang pelajaran Silalah "share".

Sunday 18 May 2014

Permainan Tradisional

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah Negara demokratik yang berbilang kaum malah mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang telah digarap daripada pelbagai generasi sebelumnya. Gabungan kebudayaan ini telah disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik untuk diketengahkan kepada generasi muda kini. Di Malaysia, hampir setiap keturunan mempunyai adat resam tersendiri yang membentuk kepada kebudayaan masing-masing. 

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak lagi dimainkan tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah pendedahan permainan tersebut kepada generasi muda agar ia tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis permainan tradisional yang masih dimainkan termasuklah gasing, sepak raga, congkak, galah panjang, wau, batu seremban dan lain-lain.

0 comments :

Post a Comment