Selamat Datang Ke Blog Kami. Pihak kami membenarkan bahan-bahan di dalam blog ini di guna pakai dalam bidang pelajaran Silalah "share".

Monday 19 May 2014

Guli





Permainan guli amat digemari oleh kanak-kanak di merata-rata tempat di Malaysia. Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.



PEMAIN : 
Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga dua belas tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang.

MASA : 
Permainan ini tidak mempunyai musim tertentu.


ALATAN PERMAINAN :
Alat permainan ini hanya merupakan benda bulat yang diperbuat daripada batu dan kapur. Lazimnya 2 jenis guli akan digunakan iaitu guli batu dan guli kapur.


LOKASI BERMAIN : 
Di kampung-kampung, biasanya kanak-kanak bermain guli di halaman rumah. Ia tidak memerlukan ruang atau padang yang luas dan hanya memerlukan kawasan yang lapang dan rata.




CARA BERMAIN :
1. Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.

2. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

3. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

4. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.


PEMARKAHAN :
1. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

2. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

2 comments :

  1. Hallo sahabat poker & domino Indonesia, Kami dari S1288POKER ingin mengajak para sahabat untuk bermain bersama di website kami, kami merupakan agen poker dan agen domino online Indonesia yang telah lama melayani member setia kami, website kami menjamin keamanan deposit member dan data member kami tentunya, jadi tunggu apa lagi? segera gabung bersama kami. (PIN BBM : 7AC8D76B)

    ReplyDelete